Astro dengan berbesar hati menawarkan lebih banyak pilihan sajian kandungan kepada pelanggan Pek Sukan dengan memberi akses komplimentari untuk menonton semua saluran Astro (untuk pelanggan residensi sahaja, pembelian filem / acara ‘Pay Per View’ adalah terkecuali), mulai semalam, 18 Mac hingga 30 April 2020.

As the world goes through these challenging times to contain the COVID-19 pandemic, Astro is committed to keep serving sports fans in Malaysia. We are pleased to offer more content choices for our Sports Pack customers with complimentary viewing of ALL Astro channels* from now to 30 April 2020. *For Residential customers only, excludes Pay Per View movies and events

A post shared by Astro Malaysia (@astromalaysia) on


"Situasi pandemik COVID-19 yang kian menular menyebabkan banyak acara sukan di peringkat global ditunda oleh pihak penganjur.

"Terdahulu, kami telah mengumumkan bahawa pelanggan setia Pek Sukan Astro akan menikmati akses untuk menonton UEFA Euro 2020 secara percuma.

"Kami komited untuk berbuat demikian apabila perlawanan ini bermula pada tarikh baharu, 11 Jun hingga 11 Julai 2021," kata Lee Choong Khay selaku Ketua Saluran Sukan Astro.

Sementara dunia menghadapi situasi mencabar untuk mengekang pandemik COVID-19 dari menular dengan lebih serius, Astro terus komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua peminat sukan di Malaysia.

Astro sentiasa bekerjasama rapat dengan pembekal kandungan sukan untuk menyajikan hanya yang terbaik buat setiap pelanggan Astro.