Viral

Pelanggan Rasa Tertipu Beli Kuih Dekat Pasar Malam, Ingatkan Donut, Rupa-Rupanya…

gempak
Firdaus
26/02/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Pelanggan Rasa Tertipu Beli Kuih Dekat Pasar Malam, Ingatkan Donut, Rupa-Rupanya…
Seorang individu melempiaskan rasa tidak puas hati selepas dirinya berasa tertipu setelah membeli sebiji donut di sebuah pasar malam.
Perkara itu dikongsi di media sosial, di mana individu tersebut menyatakan bahawa donut yang dibeli diperbuat daripada roti burger yang dihiasi seakan-akan kuih berkenaan.

BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Nak Buat Donut Ala Siti Nurhaliza Tapi Tiada Perkakasan? Ikuti Cara Mudah Ini, Hanya Guna Air…

“Donut palsu. Lokasi Pasar Malam Bachok. Roti burger kau potong cucuk tengah jadikan donut, kalau bab makan, mahal ke, tak sedap ke, diamkan je, tapi ni kira menipu dah ni,” rentan individu itu.
Melihat kepada hantaran itu, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
Antara komen yang diterima:
“Astaghfirullah, tak rasa bersalah ke jual makanan macam ni dekat orang,”
“Dia ingat yang makan ni semua budak-budak eh?”
“Nanti bila pulaukan kedai kuih pasar malam tu, mulalah tuduh orang dah tak nak support kedai dia,”
“Jahatnya seller macam ni. Ni bukan donut.”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir 500,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka di Platform X.

BERITA TRENDING: #TravelMana: Donut Pun Boleh Beli Kat Drive-Thru, Banyaknya Tempat Menarik Yang Ada Di Bandar Rimbayu!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live