Seorang pelanggan yang singgah ke bazar Ramadhan Johor Bahru semalam meluahkan rasa terkilan apabila makanan yang dibelinya tidak seperti yang diharapkan.
Menurut perkongsian di Facebook, lelaki itu telah membeli tiga biji popia berinti otak-otak berharga RM2 namun hakikatnya hidangan itu mengandungi inti keropok lekor.
"Tadi petang (semalam) saya pergi bazar Ramadhan di Johor Bahru. Saya membeli popia, ketika itu ada pelanggan lain yang bertanyakan inti popia itu.
"Jawab peniaga, intinya otak-otak. Saya pun terfikir-fikir bagaimanakah inti otak-otak. Harga popia itu tiga biji RM2.
"Selepas berbuka puasa saya makan popia itu, rupa-rupanya inti dalamnya keropok lekor. Habis saya dan pelanggan lain kena tipu," tulisnya seperti yang dikongsikan di Facebook Siakap Keli.
Luahan hatinya menarik reaksi netizen untuk menyalurkan pandangan.
"Ketika bulan puasa memang ramai orang berniaga, yang tak pernah pegang kuali pun teringin jugak nak berniaga. Jadi kualiti makanan yang dibeli pun faham-fahamlah, kadang-kadang donut pun rupa macam cucur badak, lain kali pakailah otak biarpun anda hanyalah si penjual otak-otak" tulis Lusekmili Bin Lusiddin.
"Tadi di bazar Taman Cempaka, Melaka, beli beriani kambing dah tanya harga RM10 yang lain murah sikit. Sekali balik umah beriani lauk ikan bayar harga kambing. Pertama kali jumpa beriani ikan," kongsi kisah Hafiz Hassin.
"Tengok pada paten macam satar ikan. Ala yang paten 3 segi yang bakar tu. Tapi dia buat paten bungkus dalam kulit popia," tulis Haniz Hassan.
"Nama saja bulan Ramadhan tapi semua pakat sembelih putus kepala, baik dari barang basah sampailah yang meniaga di bazar, kualiti makanan tak tara mana pun, lauk semalam pun dijual lagi, ramai peniaga Melayu ambil kesempatan pada bulan puasa ini, harga makanan naik dua kali ganda dari bulan-bulan lain. Bukan nak hina bangsa sendiri tapi itulah kenyataannya. Yang diambil kesempatan bukan bangsa lain tapi bangsa sendiri, apa lah," luah Shahruddin Selamat.
Teks oleh: Amri Hassan
Syafiqah Jalal
Sun May 28 2017
Bukan Hanya Dirinya, Hos Elly Sugigi Dakwa Ramai Artis Popular Pakai Susuk
Hos Elly Sugigi tanpa berselindung mengaku memasang susuk pada dirinya sebagai salah satu cara menjadi ‘pemikat’ dalam dunia hiburan Indonesia.
Ibu Sahkan Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Ibu kepada Allahyarham Nabil Zamanhuri iaitu Fatimah Abdullah mengesahkan anak lelakinya meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Tindakan Dua Wanita Langkah Kubur Dirujuk Jakim, Mufti
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Mufti.
Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!
Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
"Arwah Alami Kekejangan Lepas Solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Isteri kepada bekas pengacara dan penyanyi, Nabil Zamanhuri, Adelia Citra Hapsari, 36 memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai untuk menunaikan solat subuh, pagi tadi.
Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Taman Hiburan Terbakar, Ragut 27 Nyawa Di India... Ramai Kanak-Kanak
Kebakaran di sebuah taman hiburan di Bandar Rajkot, Gujarat sebuah negeri di barat India pada Sabtu meragut 27 nyawa, termasuk ramai kanak-kanak.
Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.