Hollywood

Pelawak Charlie Murphy Meninggal Dunia Akibat Leukemia

gempak
Syafiqah Jalal
13/04/2017
06:51 MYT
Sponsor Banner
Pelawak Charlie Murphy Meninggal Dunia Akibat Leukemia
Pelakon dan pelawak popular Amerika, Charlie Murphy, 57, telah meninggal dunia awal pagi tadi akibat penyakit leukemia.
Mendiang yang juga abang kepada pelakon dan pelawak terkenal, Eddie Murphy, meninggal dunia di sebuah hospital di New York.
Menurut portal berita TMZ.com, mendiang sudah beberapa bulan mendapatkan rawatan kemoterapi di hospital.
Namun, tiada sebarang laporan yang menyatakan sejak bila mendiang menghidap penyakit tersebut.
Charlie popular menerusi program televisyen Chapelle's Show, selain turut membintangi beberapa buah filem antaranya Jungle Fever, Lotteri Ticket dan CB4.
Mendiang juga dikatakan baru sahaja selesai menjalani penggambaran siri televisyen Power, yang akan ditayangkan hujung tahun ini.
Sehari sebelum kematiannya, Charlie memuat naik satu status di akaun Twitter dan kemas kini terbarunya itu kedengaran seperti dia sudah tahu akan pergi buat selamanya.
“One to Sleep On: Release the past to rest as deeply as possible,” tulis Charlie menerusi akaun Twitternya @charliemurphy.
Isterinya, Tisha Taylor Morphy, telah meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser servik.
Mereka meninggalkan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
Sumber : TMZ.com, Astro Awani Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live