Pihak polis Indonesia hari ini mendedahkan seorang pelawak terkenal dengan pengenalan nama M menjadi salah seorang pembeli konten porno ‘ dari Dea OnlyFans.
Pendedahan itu dibuat hasil soal siasat pihak berkuasa tempatan dengan pemilik konten Gusti Ayu Dewanti atau lebih dikenali sebagai Dea yang ditangkap kerana menjual konten video porno atau seks miliknya.
Pelawak M itu didakwa memiliki 76 konten porno yang dibeli dalam satu Google Drive. M dijadual dipanggil sebagai saksi oleh pihak polis hujung minggu ini untuk mengetahui sama ada dia juga turut menyebarkan video tidak senonoh tersebut kepada umum.
“Pelawak terkenal dengan pengenalan M membeli video tersebut. Dia membeli secara langsung dari Dea.
“Nanti kami akan lihat apakah dia juga ikut menyebarkan atau tidak (video).
“Nanti akan kami periksa jadi saksi terlebih dahulu," jelas pihak berkuasa kepada wartawan, lapor Detik.com.
Polis juga menyatakan selain video, M turut menyimpan beberapa keping foto Dea dalam keadaan bogel.
Sebelum ini Dea membikin kontroversi di republik tersebut selepas ditangkap kerana menjual konten pornografi dan foto tak senonoh menerusi laman web berbayar OnlyFans.
Menurut laporan, perempuan tersebut banyak melakukan aktivitinya di Malang. Dea malah turut menjual salah satu video seksnya bersama bekas kekasih, tanpa lelaki tersebut menyedari perbuatan jijik mereka dirakam dan dijual di pasaran.
Foto hiasan: Bangkokpost
Maliah Surip
Tue Apr 05 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Wanita Paling Bertuah Dalam Dunia" - Lindsay Lohan Kahwini Jejaka Arab?
Lindsay Lohan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berketurunan Arab, Bader Shammas.

Nelydia Senrose, Suami Tunai Haji - "Ini Anugerah Allah Paling Agung Buat Kami"
Semoga beroleh haji mabrur!
![[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza [VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ... - Siti Nurhaliza](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/tokti-adele-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ..." - Siti Nurhaliza
Mesti seronok tengok dekat-dekat
.jpg?ext=.jpg)
Syahmi Sazli Sambut Cahaya Mata Kedua, Namakan Khabib Umar
Tahniah Syahmi Sazli
.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.

"Income Dari Mana? Shopping Mengalahkan Anak Tan Sri" - Netizen Tanya Elfira Loy
Biar la duit suami dia