Hiburan

Pelawak Popular Makin ‘Besar Kepala’

gempak
Ahmad Shah
24/03/2016
04:32 MYT
Sponsor Banner
Pelawak Popular Makin ‘Besar Kepala’

Geram pulak Miss K dengar cerita melibatkan seorang pelawak yang tengah “In” nama dia kat Malaysia ni.

Kalau dulu Miss K minat sangat dengan karakter dia, sekarang mungkin tidak lagi sebab baru tahu perangai dia yang sebenar.

Sebelum ini Miss K taknak la percaya sangat cakap-cakap orang yang bercerita mengenai perangai dia yang kononnya makin ‘besar kepala’.

Tetapi bila dah kena dekat batang hidung kawan baik Miss K sendiri, barulah Miss K tahu perangai pelawak tu taklah secomel karakter dia.

Kawan baik Miss K yang juga bekerja dalam industri seni tanah air ni datang berjumpa Miss K dengan muka penat separa nak pengsan mengadu pada Miss K kejadian yang menimpa dirinya gara-gara pelawak 'so called' hebat ni.

Dengar cerita, pelawak ni suka-suka 'cancel' temujanji melibatkan kerja di saat-saat akhir sehingga menyusahkan banyak pihak-pihak.

Bayangkan kawan baik Miss K ni punya la penat terkejar-kejar untuk bantu si pelawak, tapi dia suka-suka je tak datang.

Alasan yang diberikan, tiba-tiba kurang sihat sejak beberapa hari yang lalu. Yang mendatangkan geram, kalau dah tahu sakit lebih dari sehari, bagitahulah dekat kawan baik Miss K untuk batalkan temujanji.

Untuk pengetahuan, ini bukan temujanji biasa-biasa okayyyyy. Ini melibatkan perkara penting dan besar yang boleh meningkatkan lagi populariti pelawak hebat ni.

Bila Miss K dengar je cerita macam ni, terus berapi, berombak dan bermacam-macam 'ber' lagi la kat dada Miss K ni.

Apa yang Miss K nak cakap, kalau awak ada masalah dari segi kesihatan atau kecemasan, sila beritahu awal-awal supaya tidak menyusahkan semua orang.

Tahu tak kawan Miss K keluarkan duit dan kos sendiri untuk kerja ni?

Sudahlah ekonomi sekarang tidak menyeronokkan poket, apalah salahnya kalau kita saling bantu-membantu!

Jangan nak ikut sedap awak je...Kalau suka datang, tak suka bagi bagi alasan macam-macam! 'Last minute' pulak tu. Choiii!

Nasihat Miss K kepada pelawak hebat ni, buanglah perangai buruk dan sikap mendabik dada awak tu.

Bukannya apa, dek kerana awak sorang, habis busuk nama pelawak lain! Bak kata peribahasa, ‘Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga”.

Miss K: Tak sabar nak layan filem Batman Vs Superman malam ni!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live