Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kagum dengan pencapaiaan yang dikecapi oleh rakan baiknya, Douglas Lim dalam industri 'stand-up comedy' di Malaysia.

Menerusi entri di Instagram (IG), Afdlin menjelaskan pelbagai rintangan yang harus dihadapi oleh Douglas dalam memperjuangkan komedi pada awal penglibatannya.

"Ini adalah kenapa Douglas Lim merupakan antara pelawak standup terbaik di malaysia.

"First of all, sekarang ni kalau nak tengok show douglas memang sold out tak hengat tapi bila kita semua mula dulu.

Ini adalah kenapa Douglas Lim merupakan antara pelawak standup terbaik di malaysia. First of all, sekarang ni kalau nak tengok show douglas memang sold out tak hengat tapi bila kita semua mula dulu... inilah keadaan show lawak standup. Dr jason seorang lagi pelawak standup mengingatkan saya bagaimana passionatenya pelawak standup otai kita nak membangunkan industri lawak standup ni dgn gigih tak kira apa rintangan melanda.. takde audience, krik krik, takde gaji... bukan macam sekarang pelawak sangat mewah tapi etika dan mutu kerja tak boleh pegang cara Douglas, Harith dan ramai lagi standup comedian Malaysia ni. #respectdouglaslim #respectstandupcomedian malaysia

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on


"Inilah keadaan show lawak standup. Dr jason seorang lagi pelawak standup mengingatkan saya bagaimana passionatenya pelawak standup otai kita nak membangunkan industri lawak standup ni dgn gigih tak kira apa rintangan melanda.

"Takde audience, krik krik, takde gaji. Bukan macam sekarang pelawak sangat mewah tapi etika dan mutu kerja tak boleh pegang cara Douglas, Harith dan ramai lagi standup comedian Malaysia ni," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Afdlin dan berharap agar pelawak sekarang lebih menghargai karya serta kreatif dalam mengentengahkan komedi di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Mengenai perkembangan lain, Douglas kini muncul sebagai ketua juri dalam Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) bersama Tya Arifin, Scha Alyahya dan Remy Ishak.

Jangan lupa menyaksikan MLM 2018 pada setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘on demand’.