Teka-teki kesudahan kepada kemelut politik negara terus menjadi tanda tanya selepas Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor Astro AWANI.
Terbaharu, Dr Mahathir mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapati bahawa tiada calon pilihan majoriti yang mampu diangkat sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Keadaan 'tergantung' di peringkat kerajaan Persekutuan kemungkinan memberikan kesan kepada kerajaan negeri, meskipun beberapa negeri yang diramal terkesan memaklumkan pentadbiran di peringkat itu masih berjalan seperti biasa.
Ini kerana, keputusan Bersatu keluar daripada PH sudah tentu memberi kesan kepada perubahan tampuk kepemimpinan di beberapa negeri seperti di Johor, Kedah, Melaka dan Perak.
Setakat ini, negeri-negeri berkenaan tidak memohon sebarang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), maka kemungkinan besar tidak akan berlaku pilihan raya.
Berikut perkara yang berlaku setakat ini di beberapa negeri:
Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis menitahkan agar Gabungan Baharu membentuk kerajaan di negeri itu selepas menyaksikan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong gabungan tersebut berbanding 26 ADUN memilih Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah berkata keputusan itu dibuat selepas Sultan Ibrahim berpuas hati pada sesi temu bual yang berlangsung pada Selasa di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di Johor Bahru.
Sebelum ini, agihan kerusi DUN Johor terdiri daripada UMNO (14), DAP (14), Bersatu (11), Amanah (9), PKR (5), MIC (2) dan Pas (1).
Kedah
Kedudukan DUN Kedah ketika ini menunjukkan Pas memiliki kerusi paling banyak iaitu 15, PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), UMNO (2) dan DAP (2).
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Khamis memaklumkan pentadbiran negeri itu kekal dipimpin oleh beliau selepas 19 ADUN PH Kedah bersetuju menyokong kepimpinan beliau.
Justeru, Kedah ketika ini berstatus PH dan Bersatu.
Melaka
Negeri bersejarah ini juga mempunyai potensi untuk bertukar kerajaan memandangkan keududukan kerusi DUN ketika ini menyaksikan PH dan BN masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN, manakala Bersatu dua kerusi.
Justeru, kedua-dua parti – UMNO dan PH perlu menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti dalam usaha untuk membentuk kerajaan di negeri itu.
Perak
Status kerajaan Perak juga ketika ini masih tergantung selepas kerusi DUN PH menjadi 28 dengan pecahan 18 kerusi DAP, enam (Amanah); dan empat (PKR).
Sementara, kerusi DUN pembangkang Perak juga kekal sebanyak 28 kerusi dengan masing-masing 25 dimiliki UMNO dan selebihnya daripada Pas.
Bersatu pula memiliki dua kerusi DUN.
Bagi negeri-negeri lain, PH mungkin akan mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor.
Di Negeri Sembilan, PH juga berada dalam kedudukan yang lebih selesa memandangkan Bersatu tidak menyumbang mana-mana kerusi di negeri itu.
Di Selangor pula PH menguasai 50 daripada 56 kerusi DUN.
Di Sabah, kerajaan negeri diketuai oleh Warisan dan PH hanya sekadar rakan kongsi, yang mana ia masing-masing terdiri daripada Warisan (31); Bersatu (6); DAP (6); UPKO (4); dan PKR (2).
Sumber: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Thu Feb 27 2020
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.