Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelik! Puting Beliung Berwarna Merah Jambu? Netizen Persoal Adakah Ia Berpunca Dari...

Hanafis Haris
04/10/2019 10:37 MYT
Sejak semalam viral satu video berdurasi 55 saat memaparkan satu bencana puting beliung berwarna merah jambu.

Difahamkan, kejadian pelik itu berlaku di Johor.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh kejadian dan tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

Video yang dirakam oleh individu tidak dikenali kemudian menjadi perhatian apabila dikongsi satu laman Facebook popular, We Are Malaysians.

Menerusi laporan Malay Mail, video tersebut direkodkan berhampiran kilang Refinery and Petrochemical Integrated Development Project (RAPID) di Pengerang, Johor.

Menurut laporan itu, puting beliung itu digelar sebagai 'dust devil' yang mana ia berlaku apabila satu bahagan tanahnya lebih panas daripada kawasan sekitarnya.

Walaupun ia dilihat sebagai bencana alam, namun tidak kurang juga netizen yang mempertikaikan punca warna tersebut.

Ada yang mendakwa ia bertukar menjadi warna merah jambu akibat pencemaran udara yang dilepaskan oleh industri atau kilang berdekatan.

Setakat ini masih tiada lagi penjelasan daripada pihak berkuasa.

#Viral #Viral #Pink #Tornado