TERKINI

Pelik Tapi Benar! AS Akan Jadi Tuan Rumah Pertama Untuk ‘Sperm Race’

Asyraf Roslan 22/04/2025 | 21:55 MYT

Buat pertama kali dalam sejarah, Los Angeles, Amerika Syarikat bakal menjadi tuan rumah untuk sebuah acara unik iaitu Perlumbaan Sperma (Sperm Race).

Kedengaran pelik namun itulah realitinya.
Acara ini dikhabarkan sedang dirancang secara teliti malah lengkap dengan sidang media dan bakal disiarkan secara langsung.
Rancangan gila ini merupakan cetusan idea oleh Eric Zhu, Nick Small, Shane Fan dan Garret Niconienko yang merupakan bekas ahli pasukan YouTuber terkenal, MrBeast.
Empat individu luar biasa ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD1 juta untuk merealisasikan acara ini yang akan berlangsung pada 25 April.
Bagaimanapun lokasi sebenar perlumbaan masih lagi dirahsiakan buat masa ini.
*Bagaimana Perlumbaan Ini Berlangsung?*
Untuk perlawanan pertama ini, Asher dari UCLA dan Tristan dari USC akan menjadi perserta pertama yang akan bersaing dalam acara tersebut.
Dua peserta akan bersaing untuk perlawanan sperma yang pertama ini.
Setiap peserta akan menghantar sampel sperma mereka dan kemudian akan dimuatkan ke dalam cip mikrofluidik sepanjang 0.05mm.
Perlumbaan akan bermula di atas trek mikroskopik sepanjang 20cm yang direka menyerupai sistem pembiakan wanita.

Trek ini bukan main-main kerana ia lengkap dengan isyarat kimia, dinamik bendalir dan permulaan yang diselaraskan.

Teknologi imejan canggih digunakan untuk menentukan dengan tepat sperma manakah yang akan tiba dahulu di garisan penamat.

Tempoh perlumbaan masih belum dapat dipastikan sepenuhnya dan mungkin mengambil masa beberapa minit, atau mungkin sehingga satu jam.

Sumber Terjemahan: Rova
#Amerika Syarikat #Sperma #Lumba Sperma