Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelitup Muka Radzuan Radziwill x Gempak Lulus Ujian Makmal Eurofins

Amri Hassan
09/09/2020 08:30 MYT
Lambakan pelitup muka fabrik yang dijual di pasaran menyebabkan ramai yang khuatir akan kualiti dan tahap kebersihan apabila digunakan.

Jadi, banyak negara di dunia kini membangunkan satu standard yang perlu dipatuhi oleh pengeluar produk pelitup muka.

Antara spesifikasi yang diambil kira ialah ujian makmal yang melibatkan kadar Kebersihan Mikrobial (MC) dan Efisyen Penapisan Bakteria (BFE).

Ujian Kebersian Mikrobial akan menentukan jumlah mikroorganisma (bakteria dan fungus) yang ada pada wajah.

Manakala, ujian Efisyen Penapisan Bakteria bertujuan untuk menguji tahap keupayaan penapisan bakteria yang telus pada pelitup muka itu.

Menerusi ujian yang dikenalikan oleh Eurofins Scientific Malaysia, pelitup muka edisi khas merdeka kolaborasi pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill dan Gempak lulus kedua-dua ujian terbabit!

Eurofins merupakan kumpulan penyelidik makmal antarabangsa yang berpangkalan di Luxembourg yang menyediakan servis serta ujian berkaitan produk farmasutikal, makanan, alam semulajadi dan sebagainya.

Oleh kerana sambutan menggalakkan daripada pengguna, pelitup muka Radzuan Radziwill x Gempak telah ditambahkan pengeluaran sejak minggu lalu.

Pelitup muka Radzuan Radziwill x Gempak dijual serendah RM20 setiap satu. Maklumat lanjut di www.radzuanradziwill.com.

BACA: 5 Sebab Anda Harus Miliki Pelitup Muka Edisi Khas Radzuan Radziwill!

BACA: "Boleh Buat Kenang-Kenangan" - Cantiknya Pelitup Muka Datuk Radzuan Radziwill Edisi Khas Merdeka Ni!
#Face Mask #Radzuan Radziwill #Eurofins