Penerbit album, komposer dan jurutera muzik terkenal, Roslan Aziz, 60, kini disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak Disember, tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh isterinya, Sopphilea Hamid, 40.
"Syukur Alhamdulillah, suami saya sekarang dalam keadaan sihat. Menerusi keputusan ujian Pemeriksaan Imbasan CT (Computed Tomography) dibuat, pada masa ini nampak gayanya seperti dah 'clear'. Kemoterapi dapat bunuh semua sel-sel kanser itu.
"Tapi, suami saya mesti teruskan rawatan iaitu menjalani sesi radioterapi pula. Ia bagi memastikan sel-sel kanser berkenaan betul-betul berjaya dihapuskan. Kalau kemoterapi, suami saya perlu menjalani enam sesi pusingan rawatan, namun bagi radioterapi ini belum dipastikan lagi.
"Ditambah, Hospital Ampang (HA) tidak membuat sesi radioterapi dan kes suami saya sudah dirujuk kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL). Insya-Allah, minggu depan baharu kami akan berjumpa pakar onkologi di sana," katanya.
Sopphilea berkata, dia sangat bangga dengan semangat juang yang tinggi dalam diri suaminya untuk melawan kanser berkenaan. Jelasnya, kini dia sangat menjaga kesihatan Roslan terutama dari aspek pemakanan harian.
"Saya anggap ini 'peluang kedua' yang Allah SWT berikan kepada kami. Jadi, saya tak boleh sia-siakan dan perlu menjaga suami sebaik yang mungkin. Oleh itu, dalam tempoh sekarang saya sangat menjaga rutin pemakanan hariannya.
"Suami lebih difokuskan kepada pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan saja. Saya memang elak ambil daging dan ayam buat masa ini. Malah, saya mempelbagaikan masakan harian bagi sayur-sayuran," katanya.
Menurut Sopphilea, inilah masanya juga dia berbakti menunjukkan keikhlasan cinta terhadap Roslan.
Katanya lagi, dia sekeluarga kini begitu menghargai setiap 'moment' mereka bersama.
"Tak dinafikan, memang ajal maut itu ketentuan Allah. Namun, selagi ada peluang untuk berubat, saya rasa tidak ada salahnya untuk kita mencuba dan berusaha. Alhamdulillah, suami saya sangat positif dan dia sendiri kuat untuk bangkit melawan kanser dihidapi itu," katanya.
Sebelum ini, Roslan mendedahkan doktor juga menjangkakan tempoh hayatnya cuma mampu bertahan sehingga enam bulan saja, iaitu Jun lalu, berikutan kanser limfoma dihidapinya sudah memasuki tahap empat.
Terdahulu, melalui hasil perkongsian hidup Roslan dan Sopphilea selama 20 tahun, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.
Roslan yang juga bekas suami penyanyi Datuk Sheila Majid turut mempunyai dua cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid Aziz, hasil perkahwinan lalu.
Sumber: Harian Metro
Gempak
Sat Aug 06 2022


Neonate Raikan Kepelbagaian Saiz, Model Terpilih Bervariasi Plus Size & Tak Berketinggian Tinggi
Model Neonate Bervariasi Plus Size & Tak Berketinggian Tinggi

Waktu Bekerja Dari 48 Jam Kepada 45 Jam Berkuat Kuasa 1 September
Anda bersetuju waktu kerja dikurangkan?

Lokasi Penggambaran Pengabdi Setan 2 Tular, Rumah Pangsa Seram Ditutup! Rupanya Dah Lama Tak…
Tempat larangan tu la paling ramai nak pergi.
![[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022 [VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/temubual-eksklusif-2022-08-11t151829-887.png?ext=.png)
[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022
Pencarian jejaka idaman Malaysia telah bermula dengan pengenalan rasmi 24 finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM).

"Ia Sentuh Isu LGBT" - Kerajaan Sahkan Filem Thor: Love And Thunder Tak Lepas Censorship
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan filem blockbuster terbaru Marvel Studios Thor: Love and Thunder tidak melepasi garis panduan penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Rambut Dah Pendek, Peminat Samakan Ben Amir Dengan Lee Dong Wook & Sunny Suwanmethanont
Ben Amir dikatakan mirip pelakon luar negara

Aiskrim Haagen-Dazs Perisa Vanilla Ditarik Balik Daripada Pasaran
Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia

Cita Citata Kini Berhijab, Tidak Lagi Menyanyikan Lagu Dangdut
Cita Citata bertudung atas kerelaan sendiri

#MamiPiqahCorner: Pelukan, Serius! Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit
Doktor Ini Dedah Teknik Ajaib Jauhkan Anak Dari Penyakit

"Mudah-Mudahan Mereka Adik-Beradik Akrab” - Akim Ada Sebab Pilih Isa, Lama Idam Letak Nama Nabi
Ada geng dah lah Akim lepas ni heheh.