"Peluang Rebut Jutaan Pahala Dah Tiba!" - Yatt Hamzah Kongsi Tips Persediaan Menjelang Ramadan

Asraf Aided
April 21, 2020 09:05 MYT
Bulan Ramadan akan menemui seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi.
Bersempena itu, pelakon Yatt Hamzah mengambil peluang untuk berkongsi beberapa tips persediaan sebelum menjelang bulan mulia itu.
Perkara itu dikongsi Yatt menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
"Peluang nak buat jutaan pahala dah tiba, mari kita rebut peluang ini!.
"Nah Bonda bagi checklist sebelum Ramadan," tulis Yatt sebagai kapsyen.
Antara aspek penting yang dikongsi Yatt adalah kesihatan, kepentingan menyemak hukum hakam, amalan sunat, berlatih bangun malam dan banyak lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yatt, rata-rata mereka mengucapkan terima kasih atas perkongsian berguna itu.
Tarikh 1 Ramadan bakal menemui umat Islam pada Sabtu, 23 Mei ini. Selamat menjalani ibadah puasa Gempak ucapkan kepada anda!
#Ramadan #Yatt Hamzah #Tips