,
Laman Utama

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin

Mya Amri
04/02/2023
12:45 MYT
Penyanyi Indonesia, Yura Yunita tidak dapat menahan sebak sewaktu mendendangkan lagu berjudul Cinta dan Rahasia di konsert Pertunjukan Tutur Batin Live Concert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Khamis.
Alunan muzik lagu itu ternyata menjentik setiap memori Yura bersama mendiang Glenn Fredly yang dianggap sebagai seorang sahabat, abang dan pahlawan bermakna dalam perjalanan hidupnya.
Cinta dan Rahasia boleh dikatakan sebuah lagu yang cukup istimewa dan personal baginya kerana karya itu dinyanyikan bersama Glenn.
Sesekali terlihat Yura cuba menyeka air matanya sebelum menyampaikan lagu itu dengan penuh emosi.
Lebih menyentuh hati, terdapat sebuah kerusi kosong bersebelahan Yura dan diletakkan topi sebagai simbolik kepada mendiang.
Suasana konsert menjadi sedikit beremosi apabila persembahan itu turut memaparkan koleksi foto Yura bersama Glenn ketika hayatnya membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Usai menyanyikan lagu tersebut, Yura memberikan ucapan menyentuh hati sambil cuba menahan tangis.
“Rasa terima kasih untuk pahlawan-pahlawan saya, untuk seluruh team yang terlibat dari awal karier saya hingga sekarang.
“Rasa ingin sekiranya dia (Glenn) masih ada saya ingin ucapkan terima kasih kepada beliau, dari dulu orang yang selalu saya ingin banggakan pastinya kedua orang tua ku, dua orang lagi adalah Glenn Fredly dan juga Ari Renaldi.
“Di setiap saat, setiap titik langkah ku, pencapaian ku, saya selalu kata apa pun yang saya lakukan, setiap nafas saya berkarya selalu ingin membuatkan mereka bangga,” ujarnya sambil memeluk erat sebuah topi.
Bagaimanapun Yura kembali merancakkan suasana dengan lagu berjudul Hoolala dan juga Harus Bahagia.
Antara lagu lain yang disampaikan Yura adalah Dunia Tipu-Tipu, Bandung, Tutur Batin, Tenang, Jalan Pulang, Berawal Dari Tatap, Intuisi dan Duhai Sayang.
Dalam konsert itu juga Yura turut mendendangkan lagu berjudul Engkau Laksana Bulan nyanyian asal lagenda seni tanah air yang juga merupakan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Apa pun terbukti, konsert yang dibawakan oleh Renjana Idea ini berlangsung sukses!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Hiburan

‘Thor’ Buat Kejutan Muncul Di Konsert Ed Sheeran, Main Dram Depan 70,000 Penonton

gempak
28/08/2024
17:55 MYT
Aktor terkenal Chris Hemsworth muncul di konsert Ed Sheeran di Bucharest, Romania, pada malam Sabtu.