Hiburan

Pelukan Peminat Wanita Atas Pentas Didakwa Gimik, Ini Jawapan As'ad Motawh

gempak
Mya Amri
05/03/2019
06:32 MYT
Sponsor Banner
Pelukan Peminat Wanita Atas Pentas Didakwa Gimik, Ini Jawapan As'ad Motawh
Penyanyi As'ad Motawh menafikan dakwaan kononnya kejadian dia dipeluk oleh seorang peminat wanita ketika membuat persembahan adalah gimik semata-mata.
Menurut As'ad, sebagai seorang yang beragama Islam, dia tahu batas dan nilai moral.
"Perkara itu berlaku di luar jangkaan ketika saya sedang menyanyikan lagu balada.
"Saya perasan kewujudan peminat wanita tersebut kerana dia agak 'hyperactive' serta terlompat-lompat di belakang.
"Tiba-tiba, dia datang berlari terus memeluk saya. Ini bukan gimik dan plan.
"Sekiranya saya dan pihak pengurusan ingin membuat sedemikian, kami tidak akan panggil wanita yang bertudung kerana perkara itu tidak baik.
"Saya beragama Islam dan tahu nilai moral sebagai seorang Muslim serta saya sedar perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada Gempak.
As'ad ditemui ketika Honor Tour 10 Lite yang diadakan di Universiti Malaya, hari ini.
Tambah pelantun lagu Percaya ini, dia rasa bersalah serta kasihan apabila melihat wanita itu dibawa turun oleh pengawal keselamatan ketika persembahan sedang berlangsung.
"Saya melihat peminat wanita itu sangat fanatik. Saya rasa bersalah lalu memberi pas 'meet & greet' kepadanya.
"Namun, ketika di atas pentas wanita itu memegang tangan saya tetapi dia dapat dikawal oleh pengawal keselamatan," katanya lagi.
Terdahulu, As'ad telah dipeluk secara tiba-tiba oleh seorang peminat wanita ketika konsert jelajah The Percaya Tour di sebuah pusat beli-belah, Damansara baru-baru ini.
Akibat kejadian itu, wujud desas-desus yang mendakwa wanita itu merupakan ahli keluarga As'ad sendiri yang diupah untuk berbuat demikian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024