Laman Utama

Pemain Bola Sepak Remaja Meninggal Dunia Rebah Di Restoran, Ini Update Terakhir Instagram Allahyarham...

gempak
Amri Hassan
26/05/2022
01:55 MYT
Sponsor Banner
Pemain Bola Sepak Remaja Meninggal Dunia Rebah Di Restoran, Ini Update Terakhir Instagram Allahyarham...
Pemain bola sepak Piala Presiden Selangor, Muhammad Husni Idrus, 21, dilaporkan telah meninggal dunia selepas rebah di sebuah restoran di Petaling Jaya, malam tadi.
Khabar duka itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi Selangor FC.
"Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).
"Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
"Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan privasi keluarga Allahyarham dalam kita berkongsikan berita ini bagi menghormati keluarganya," tulis kenyataan Facebook itu lagi.
Sehingga kini, punca kematian belum diketahui.
Sementara itu, rakan arwah turut meluahkan rasa simpati dan rasa sedih melalui hantaran di Facebook selepas menerima berita duka pemergian Allahyarham.
"Aku bangga dengan kau sebab kau dapat capai impian kau dari sekolah rendah nak jadi pemain bola. Kau pergi selepas berjuang dengan kerjaya kau," luah rakannya Zulfeka Ejoi.
Difahamkan, kali terakhir Allahyarham mengemaskini status Instagram Stories pada petang Rabu ketika turun beraksi menentang pasukan JDT yang menyaksikan pasukan Selangor tewas 0-3.
Sementara itu, teman wanita Allahyarham turut berkongsi kesedihannya di Instagram Stories dengan memuat naik hantaran bersama sepotong lagu Mungkin Nanti (Peterpan).
"Semoga tenang di sana baby. I love you so much mu love," tulisnya bersama emoji sedih.
Foto: IG Husni Idrus, @sahiraysri_
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024