VIRAL

Pemain Bola Sepak Terima Ugutan Bunuh Selepas Dedah Diri G*y

Maliah Surip 19/03/2025 | 14:55 MYT
Pemain bola sepak Australia, Josh Cavallo mendedahkan menerima banyak ugutan bunuh setiap hari selepas mengaku dirinya mencintai kaum sesama jenis atau gay.
Cavallo menjadi pemain bola sepak pertama Australia yang mendedahkan dirinya gay pada tahun 2021. Malangnya selepas empat tahun, Cavallo mengaku masih tidak dalam diterima masyarakat dan menerima ugutan bunuh.
Lelaki berusia 25 tahun itu juga menyifatkan menjadi seorang gay dalam bidang sukan khususnya bola sepak adalah hal yang sukar dan seperti dalam suasana toksik.
“Saya menerima terlalu banyak ugutan bunuh setiap hari. Ia membuat saya sedih,” akuinya dalam podcast FIFPRO’s Footballers Unfiltered seperti dilaporkan The Independent.
Namun dirinya masih bernasib baik kerana jurulatih dan rakan satu tim di Adelaide United memahami dan memberi sokongan moral terhadapnya.
“Berada dalam dunia bola sepak dan mendedahkan diri seorang gay adalah satu hal yang membuatkan saya berada dalam suasana toksik. Tidak ramai yang boleh menerima. Saya fikir masih panjang dan jauh perjalanan untuk saya diterima masyarakat dengan baik,” luahnya lagi.
Dia malah mengaku menerima kekerasan yang dilakukan oleh peminat bola sepak kerana orientasi dirinya.
Menurut Cavallo kerana masyarakat sukar menerima golongan sepertinya membuat ramai yang ‘menutup’ dan merahsiakan orientasi diri kerana enggan berada dalam tekanan dan menerima pandangan negatif.
Ironi kata Cavallo dia memberitahu tentang dirinya gay kerana penat menyorok dan berbohong mengenai selera seks.
“Saya penat bersembunyi dan hanya mahu menjadi diri sendiri,” katanya yang terpaksa menunggu sehingga usia 21 tahun untuk mendedahkan orientasi dirinya.
#Viral #Gay #Bunuh #Bola Sepak #Ugutan #Player #Josh Cavallo