HIBURAN
Pemain Keyboard Ungu, Gatot Kies Meninggal Dunia
Pemain keyboard kumpulan Ungu, Gatot Kies, telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin lalu.
Ungu Ucap Takziah
Berita duka tersebut dikongsi Ungu di akaun Instagram rasmi mereka sekaligus mengundang rasa kehilangan dalam kalangan peminat dan industri muzik Indonesia.
“Telah berpulang kembali ke rahmatullah. Keluarga dan sahabat kami Gatot Kies Afierianto malam ini.
“Terima kasih telah menemani kami selama ini. Mohon maaf sekali jika kami masih ada kesalahan dan kekurangan mas. Kami akan rindu sekali dengan canda dan tawamu.
“Sampai jumpa kembali mas Gatz,” kongsi Ungu dalam satu kenyataan.
Perjalanan seni Gatot bersama Ungu cukup panjang. Beliau menyertai kumpulan tersebut sebagai pemain gitar pada tahun 1999 hingga 2002 sebelum berundur.
Pada tahun 2005, beliau kembali bersama Ungu sebagai pemain keyboard sehingga 2010.
Selepas beberapa tahun, Gatot sekali lagi menyertai Ungu pada tahun 2016 dalam posisi yang sama.
Namun, pada tahun 2025, perjalanan seninya terhenti apabila beliau meninggal dunia.
Must-Watch Video