Nama pemain muda Kelab Manchester United, Mason Greenwood menjadi panas gara-gara tuduhan mengenainya yang dikatakan melakukan serangan berbentuk keganasan terhadap seorang wanita viral di media sosial.

Wanita yang difahamkan sebagai bekas kekasih Mason itu menunjukkan bekas-bekas lebam di beberapa bahagian anggota tubuhnya, selain sekeping gambar pendarahan pada bahagian bibir.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram Story tersebut, wanita berkenaan menulis: “Untuk sesiapa yang ingin mengetahui apa yang Mason Greenwood lakukan terhadap saya,” tulisnya.



Tangkap layar perkongsian berkenaan kemudian dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Dami Adenuga.

“Mason Greenwood of Manchester United has been accused of physical abuse,” tulisnya yang membawa maksud pemain bola berkenaan telah dituduh melakukan serangan fizikal terhadap seorang wanita.

Selain itu, Mason juga dikatakan memaksa wanita tersebut untuk melakukan hubungan seks dengannya secara paksa dan merakamkan momen berkenaan.

Menerusi laporan BBC, pihak polis sedar tentang hal berkenaan dan mengesahkan pengedaran foto serta video yang kini tular di Internet.

Sungguhpun Mason tidak memberikan sebarang maklum balas atau komen mengenai pertuduhan berkenaan, pihak kelab terlebih dahulu memberitahu yang dia tidak akan kembali untuk berlatih sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Terdahulu, Manchester United mengeluarkan kenyataan yang tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan telah mengambil maklum mengenai pertuduhan-pertuduhan yang dibuat ke atas Mason.

Mason, 20, membuat penampilan sulung untuk kelab berkenaan pada Mac 2019. Dia menandatangani kontrak pada Februari 2021 selepas naik ranking menerusi Akademi United.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​