Sukan

Pemain Tenis Nombor 1 Dunia, Novak Djokovic Disahkan Positif COVID-19, Dijangkiti Ketika Beraksi di Balkan!

gempak
Fiza Kamarudin
23/06/2020
14:48 MYT
Sponsor Banner
Pemain Tenis Nombor 1 Dunia, Novak Djokovic Disahkan Positif COVID-19, Dijangkiti Ketika Beraksi di Balkan!
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic berkata dia disahkan positif Covid-19 sekali gus pemain keempat dijangkiti wabak itu selepas beraksi di kejohanan pertunjukan tenis di negara Balkan.
Djokovic yang tidak menunjukkan sebarang simptom, menyertai Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Viktor Troicki yang lebih awal didapati positif Covid-19.
Djokovic berkata, isterinya, Jelena turut didapati positif manakala keputusan ujian anak pasangan itu negatif.
"Saya meminta maaf kepada semua yang terbabit dengan jangkitan ini," kata pemain Serbia berusia 33 tahun itu dalam satu kenyataan.
"Saya berharap tidak akan menjejaskan kesihatan orang sekeliling dan berharap segala-galanya berada dalam keadaan baik," kata pemenang 17 gelaran Grand Slam itu yang menambah akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.
Dimitrov yang juga pemain menduduki ranking ke-19 dunia, pada Ahad lalu mengumumkan positif Covid-19 selepas menyertai kejohanan itu.
Coric dan Troicki pula menedahkan mereka disahkan positif wabak itu semalam.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live