VIRAL

Pemakaian Ketika Sertai Hyrox Dikecam, Isteri Dr Say Shazril Enggan Berbalah Isu Aurat - “Saya Tak Perlu Manusia Label Siapa…”

Asyikin Mayudin 02/07/2025 | 03:55 MYT
Isteri kepada pempengaruh Dr. Say Shazril iaitu Dr. Azura Abas menyedari mereka menerima kecaman gara-gara perkongsian video menyertai acara sukan, Hyrox baru-baru ini.

Soal kesihatan

Dr. Azura menerusi Threads berkata dia menerima segala teguran yang baik namun berharap netizen tidak menilai seseorang itu hanya pada penampilan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bekas Caesar Bukan Kekurangan, Itu Luka Lahirkan Zuriat” – Dr Say Anggap Lelaki Hina Parut Isteri Cetek Ilmu

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Sertai Hyrox, Netizen Tegur Pemakaian Dr Say & Isteri - “Sangat Sedih Dua-Dua Aurat Kelaut…”

“Saya tahu banyak yang mengecam di perkongsian Dr Say atau saya. Sejujurnya, saya terima kekurangan saya. Insya-Allah hidayah akan tiba jua.

“Tapi post ni soal kesihatan, tak ada bermaksud yang lain. Kalau suka boleh dijadikan inspirasi, kalau tak suka tak apa. Saya tak perlu manusia label siapa saya di sisi Allah.

“Cukup kita tahu dimana level kita sendiri dengan pencipta kita. Kalau rasa kita lebih mulia dari orang lain tu, mungkin tu lagi hina dari yang tak tutup aurat? Tiada sapa yang tahu dan layak menghukum kecuali Allah. Sama-sama muhasabah diri,” kongsinya.

Keburukan & kebaikan

Tiada niat untuk berbalah isu melibatkan aurat namun Dr. Azura berkata dia hanya meluahkan rasa kecewa apabila netizen sekadar ingin melihat keburukan berbanding kebaikan.

“Tidak, saya tak berbalah isu kewajipan menutup aurat. Ianya wajib, awak tahu dan saya pun tahu. Saya tak kisah pun orang nak kecam. Semua boleh berkata apa-apa mereka nak.

“Saya post sebab ini Threads saya dan ruang saya. Saya rasa kecewa sebab orang nampak yang buruk saja dan tak pernah nak tengok kebaikan disebaliknya.

“Saya percaya kalau kita nak cari yang buruk, kita akan nampak yang buruk, kalau kita cari yang elok akan nampak yang elok. Ia mencerminkan hati anda,” ujarnya.

Perjalanan hidup

Menegaskan kenyataan yang dikongsikan sekadar peringatan dan umum, Dr. Azura memberitahu setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza.

“Ia kenyataan secara umum. Hanya sekadar peringatan. Saya ada dalam perjalanan saya sendiri, perjalanan kita tak sama sebab kita tak dibesarkan dengan cara yang sama.

“Keluarga yang sama dan persekitaran yang sama. Masa saya akan tiba, untuk sekarang saya tak berhutang penjelasan pada sesiapa dan usaha saya,” katanya.

Sebelum ini, Dr. Say dan Dr. Azura berkongsi momen mereka membuat semua senaman atau halangan dan berjaya menyelesaikan tugasan itu dalam masa 1 jam 33 minit.

Bagaimanapun, bukan momen tersebut yang menyorot perhatian netizen namun pemakaian pasangan itu yang menjadi bualan hangat netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila Say dan Azura dilihat memakai pakaian sukan yang tidak menutup aurat.

#Netizen #Aurat #Dr Say Shazril #Hyrox #Dr Azura Abas #Isteri Dr Say