BERITA
Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian Seragam Murid Bermula 21 April
Semua murid akan dibekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma pada sesi persekolahan 2025/2026.
Berkuat kuasa mulai 21 April depan
Menerusi kenyataan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan ia susulan pelaksanaan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah kelolaannya secara berperingkat berkuat kuasa mulai 21 April depan.
Menurutnya, KPM telah menyediakan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di institusi pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tentang tatacara pemakaiannya.
"Inisiatif yang melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik," katanya pada Khamis.
Terdahulu, KPM mengeluarkan pekeliling tersebut bagi mewajibkan semua murid di bawah institusinya memakai lencana Jalur Gemilang.
Sumber: Sinar Harian