gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Pemandu E-Hailing Mengantuk, Suami & Isteri ‘Offer’ Pandu Kereta Pulang Ke Rumah - “Daripada Mengadu Dekat…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
03/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Pemandu E-Hailing Mengantuk, Suami & Isteri ‘Offer’ Pandu Kereta Pulang Ke Rumah - “Daripada Mengadu Dekat…”
Sifat prihatin sepasang suami isteri meraih pujian netizen selepas menawarkan diri untuk mengambil alih tugas memandu kenderaan e-hailing yang dinaiki mereka kerana pemandu mengaku terlalu mengantuk untuk meneruskan perjalanan.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Fara, pemandu e-hailing tersebut meminta izin mereka untuk menukar kenderaan lain kerana dia terlalu penat untuk meneruskan perjalanan.
Namun, suaminya mengambil keputusan untuk menukar pemandu untuk bawa pulang kenderaan tersebut ke rumah mereka dan minta pemilik kenderaan itu berehat.
“Bila naik Grab masa subuh, kesian pemandu mengantuk. Dia berhenti sekali untuk rehat dan tak lama macam tu dia minta kebenaran untuk tukar kenderaan sebab mengantuk.
“Suami bangun tidur dan offer untuk bawak kereta, Alhamdulillah sampai juga,” katanya.
Dalam pada itu, pemandu e-hailing itu juga tampil membuat permohonan maaf terhadap pasangan tersebut menerusi satu komen pada video berkenaan.
“Salam, saya pemandu itu. Saya minta maaf atas apa yang terjadi, Saya terasa mengantuk dan akan membahayakan jadi offer untuk berhenti dan panggil grab lain cuma abang ni offer untuk drive, sekali lagi saya minta maaf,” tulisnya.
Tindakan mereka menerima pujian ramai netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan keprihatinan pasangan ini yang memilih untuk bertindak dengan empati terhadap pemandu tersebut.
“Instead of complain dekat grab, dia tolong abang grab tu. Terima kasih orang baik..
“Ini baru real tolong menolong dan faham keadaan.
“Bagus driver dia ada initiative tuk bgi tahu.. so, penumpang boleh tolong apa patut
“Terima kasih kak jdi org baikkk semoga dipermudahkan urusan
“Love this. Semoga Allah permudahkn awak,” komen netizen.
Topic Berkaitan
#Suami Isteri
#Grab
#Mengantuk
#Pemandu E-hailing
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement