Seorang pemandu Grab dikecam teruk apabila memaki hamun pasangan pelancong daripada China yang menaiki kereta dipandunya.

Menerusi sebuah video berdurasi selama 1.06 minit ini, lelaki itu bertindak memperbodohkan penumpang tersebut dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka.

Pemandu biadab tersebut telah memanggil penumpang itu dengan panggilan sengal, lahanat, bodoh dan pelbagai kata-kata kesat lain.

Di laman Facebook, kebanyakan netizen menzahirkan rasa marah terhadap perbuatan pemandu tersebut dan menggesa pihak Grabcar mengenakan tindakan tegas.


Johar Bin Sanudin: Teruk benar akhlak budak ini. Ada tiga benda dia khianati yang pertama maruah negara, kedua maruah bangsa dan ketiga yang paling penting tercemarnya syiar islam.

Zaini Hamid: Dia lebih teruk daripada binatang. Memalukan bangsa. Tidak kelakar dan dia sepatutnya menerima tindakan diatas perbuatan yang dilakukan ini.

Rosmawati Ismail: Ini nama dia kurang didikan daripada mak bapak dia. Apa ingat lawak ke buat macam itu. Macam sampah dan betul-betul memalukan bangsa.

Rahman Ghani: Inilah manusia tidak beretika dan tidak amanah pada Allah. Meskipun mereka warga China namun sebagai manusia kita diberi amanah untuk hidup dalam suasana aman damai.

NurHadi: Lebih baik dia betulkan gigi itu dulu sebelum mengutuk orang. Sekarang menjawab la apabila diri sendiri membuka aib sendiri.


Rata-rata netizen berasa malu dengan tindakan yang dilakukan oleh pemandu itu dan menyifatkan dia cuba menunjukkan kebodohan diri sendiri kepada orang ramai di media sosial.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi