Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pemandu Lori Yang Terlibat Kemalangan Mengakibatkan Dua Mangsa Rentung Direman Empat Hari

Izwan Isa
17/10/2022 21:50 MYT
Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan dan dua orang maut terbakar di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat Sedenak dua hari lepas, ditahan reman empat hari.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lelaki tempatan berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"(Bagaimanapun) identiti mangsa kedua yang terbakar dalam kemalangan itu masih tidak dapat disahkan. Kita juga sedang dalam proses mengenal pasti mayat kedua," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Kemalangan itu yang berlaku pada 7.47 malam telah mengorbankan Nurul Nazihah, 28, dan seorang lagi individu yang belum dikenal pasti identitinya, bagaimanapun empat yang lain terselamat.

Wanita itu ditemukan tersepit dalam Proton Wira yang dinaikinya, manakala seorang lagi mangsa dalam Toyota Vios.

Sumber: Bernama

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Kemalangan maut #Pemandu Lori
;