Berita

Pemandu Teksi Jujur Dapat Ganjaran

gempak
Syafiqah Jalal
09/04/2017
04:52 MYT
Sponsor Banner
Pemandu Teksi Jujur Dapat Ganjaran
Seorang pemandu teksi, Zamrod Adam mendapat penghargaan bantuan pendidikan untuk dua anaknya daripada Kumpulan Naza.
Ganjaran itu ekoran tindakan jujur Zamrod memulanhkan dompet kepunyaan seorang penumpang wanita teksinya.
Dua daripada empat anaknya, Athirah, 21, pelajar Universiti Teknologi Mara dan Muhammad Zaim, 17, akan menerima RM500 setiap bulan selama tempoh tiga tahun akan datang.
"Menjadi tanggungjawab semua orang untuk memulangkan hak orang lain. Ini harus menjadi prinsip utama moral," kata Zamrod, 58.
Berita kejujuran Zamrod menjadi viral selepas dia memulangkan sendiri dompet kepunyaan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Ong Bee Leng yang tertinggal dalam teksinya pada Februari lalu.
Berikut merupakan cerita yang dikongsikan wanita itu dalam akaun Facebooknya.
Bee Leng menyedari kehilangan dompetnya ketika berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk ke Pulau Pinang.
Kemudian, wanita itu ke kaunter penerangan untuk meminta bantuan sebelum mendengar panggilan daripada Zamrod yang memaklumkan dompetnya ada bersama lelaki tersebut.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024