Hiburan
Pemandu Teksi Tampil Mengaku Ayah Kandung Adele
Pemandu teksi yang kini seorang pemuzik berasal dari Turki, Mehmet Asar membuat pengakuan mengejut bahawa dia sebenarnya ayah kandung kepada penyanyi Adele.
Menurut Daily News, Asar berkata dia pernah bertemu dengan ibu Adele iaitu Penny Adkins ketika dia bekerja sebagai pemandu teksi di Bodurum, Turki pada tahun 1987.
"Saya menghantar Penny Adkins dan teman-temannya bersiar-siar di Bodrum dan Pamukkale selama dua minggu. Ia memperkenalkan diri sebagai seorang jururawat.
"Saat itu, kami saling menyukai. Kami menjalin hubungan selama tempoh dua minggu tersebut," dedah Mehmet ketika diwawancara oleh salah satu akhbar Turki.
Selepas pertemuan tersebut, Penny dikatakan membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh percutiannya di negara berkenaan dan pulang ke United Kingdom (UK) sebulan kemudian.
Mehmet juga mengaku dia dan Penny terputus hubungan sekembali wanita itu ke UK. Disebabkan kadar bil panggilan antarabangsa terlalu mahal, maka sejak itu mereka tidak lagi saling berhubung.
Asar bagaimanapun tidak keberatan jika Adele mahukan dirinya menjalani ujian DNA.
"Saya yakin, sayalah bapa Adele, saya dapat rasakannya. Saya juga sedia menjalani DNA jika dia (Adele) mahu saya berbuat demikian," tuturnya.
Lelaki berusia 52 tahun itu juga mendakwa perwatakan Adele mempunyai banyak persamaan dengan dirinya selepas melihat persembahan pelantun lagu Hello itu di Grammy tahun lalu.
Sumber: Daily News