,
Viral

Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

Gempak
10/10/2024
01:20 MYT
Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.

Mangsa alami cedera parah

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun pada Rabu.
Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.
Katanya, mangsa yang maut ialah pelajar tahun 2 UiTM Dungun (Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan), Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang beralamat di Ayer Hitam, Muar Johor.
Beliau memberitahu, dua lagi mangsa masing-masing pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 berasal dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20 dari Ampang, Selangor.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada sert disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Rempuh bahagian belakang motosikal

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun menghala ke Pantai Teluk Gadung.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. "Seorang mangsa yang parah iaitu pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dari Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Menurut Rukiman, suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Imam Maut Kemalangan Selepas Lawat Isteri Bersalin Di Hospital

gempak
09/10/2024
05:25 MYT
Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Viral

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

gempak
06/10/2024
09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.
Hiburan

Video Prank Bergaduh Sebelum Sambut Hari Jadi Tular, Fasilitator UiTM Segamat Tampil Mohon Maaf

gempak
04/10/2024
06:49 MYT
Selepas tular video prank bergaduh di hadapan pelajar baharu dalam sesi orientasi baru-baru ini, fasilitator Universiti Teknologi Mara Segamat tampil membuat permohonan maaf.
Viral

Sedih Baca Kes Pelajar Maut Jatuh Bangunan, Cikgu Debbie Titip Kata Nasihat- “Jangan Mudah Putus Asa..”

gempak
03/10/2024
18:55 MYT
Pencipta konten, Debbie Soh Kim Lian atau lebih dikenali sebagai Cikgu Debbie meluahkan rasa terkilan susulan berita pemergian pelajar 13 tahun yang dipercayai maut akibat jatuh dari tingkat 8 bangunan sekolah.
Terkini

Jijik! Penuntut Universiti Tunjuk Kemaluan Kepada Pekerja Kedai Serbaneka - "Gila Betul, Bagus Sangat Ker ..."

gempak
03/10/2024
14:55 MYT
Tular di aplikasi media sosial X seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka di Lampung, Indonesia diganggu oleh seorang pembeli yang cuba menunjukkan alat sulitnya di kaunter pembayaran.
BorakSeeni