BERITA
Pemasyuran Sebagai Sultan Pahang Letakkan Tengku Abdullah Sebagai Calon Agong
Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16.
Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang juga pengkaji institusi monarki, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, berkata biarpun kekananan seorang Raja ditentukan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta di negeri masing-masing, namun tidak mustahil bagi Tengku Abdullah dipilih Majlis Raja-Raja sebagai YDPA yang baharu.
Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu akan berlangsung pada 15 Januari ini di Istana Abu Bakar, Pekan.
Manakala, Majlis Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih YDPA ke-16 dan timbalannya akan diadakan pada 24 Jan ini di Istana Negara.
Menurut laporan Bernama, Wan Nazrul Helmy berkata perkara itu berdasarkan kecenderungan majlis itu mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja dan bukannya kekananan takhta dalam pemilihan YDPA setelah pusingan pertama sistem itu berakhir pada 1994.
Sumber : AWANI
Must-Watch Video