Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Shah Alam, Selangor.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

"Farit Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam.

"Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah beliau tentu akan dirindui," katanya.

Farit Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.




Sumber: Astro Awani