Pembantu Peribadi Dedah Sikap Neelofa, Rupa-Rupanya...

Kamaruddin Razal
Jun 12, 2019 03:21 MYT
Pembantu peribadi kepada Neelofa, Nadiah Khairuddin mendedahkan sikap pengacara rancangan MeleTOP itu.
Nadiah yang kini berada di Kota Makkah bersama Neelofa berkongsi perkara terbabit di ruangan Instagram Stories miliknya.
Nadiah memuat naik video Neelofa yang sedang menantikan dirinya sambil membaca Al-Quran.
"Dahlah dia bawa kita datang sini, lepas tu dia selalu tunggu kita. Baiknya dia ni. So grateful to have a boss like you," tulis Nadiah.
Video terbabit turut dikongsikan oleh akaun Instagram peminat setia Neelofa, @lofa.world menerusi sebuah entri.
Di ruangan komen, peminat memuji kebaikan hati Neelofa dan menyifatkan jasa majikan seperti Neelofa akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat.
Difahamkan, Nadiah serta seorang lagi pembantu peribadi pengacara cantik itu tiba di Tanah Suci Makkah beberapa hari lalu untuk menunaikan ibadah Umrah.
#Neelofa