Pembedahan Berjaya, Leeteuk (Super Junior) Berehat Seketika
Kamaruddin Razal
25/07/2018 13:10 MYT
25/07/2018 13:10 MYT
Ahli kumpulan Super Junior, Leeteuk dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Memandangkan keadaan sakit perut Leeteuk berada pada tahap yang teruk dan memerlukan tindakan segera, maka pembedahan terpaksa dilakukan pada hari yang sama.
Untuk pulih sepenuhnya, Leeteuk atau nama sebenarnya Park Jeong-Su dikehendaki berehat sepanjang minggu ini dan tidak akan terlibat dalam konsert SMTOWN di Osaka yang bermula 28 hingga 30 Julai.
"Label SJ berharap semua peminat Leeteuk memahami keadaannya. Kami akan memastikan Leeteuk cepat sihat dan pulih seperti sedia kala," kata wakil label.
Leeteuk merupakan ketua kumpulan Super Junior. Super Junior terdiri daripada beberapa orang ahli iaitu Leeteuk, Heechul, Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin, Eunhyuk, Donghae, Siwon, Ryeowook dan Kyuhyun.
Teks: Noor Zulaikha Yusof