VIRAL

Pembekal Mula ‘Exposed’ Barangan Mewah US Dibuat Di China, Situasi 2 Negara Kini Makin Tegang

Gempak 16/04/2025 | 04:55 MYT

Hubungan antara dua negara yang memegang kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat dan China kini semakin tegang selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan kadar tarif baharu ke atas import daripada kebanyakan rakan dagang AS.

Malah, Trump mengenakan lebih banyak cukai ke atas China dalam apa yang kini menjadi konfrontasi berskala penuh antara dua ekonomi terbesar dunia.
Presiden AS itu menaikkan tarif yang dikenakan ke atas import dari China kepada 125 peratus ‘berkuat-kuasa serta-merta’.

Menerusi video TikTok @senbags, seorang lelaki yang merupakan pengilang beg tangan jenama mewah Hermes telah berkongsi harga kos pembuatan beg tersebut.

Seperti yang ramai tahu, beg Birkin terkenal dengan jumlah yang terhad dan harga yang menjangkau jutaan ringgit Malaysia mengejutkan ramai apabila harga kosnya hanya sekitar $1400 USD bersamaan lebih kurang RM6,500.



Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan kos semua bahan untuk satu beg mewah tersebut. Ia tetap tidak mencecah 10% daripada harga jualan runcitnya. Selainnya adalah dijual atas 'jenama' beg tersebut.

Difahamkan, kebanyakan barangan mewah yang lain dari Eropah juga sebenarnya dihasilkan di kilang-kilang di China. Malah, ia hanya dibungkus semula di Eropah untuk dijual pada harga yang jauh berbeza dan mahal.

Sumber - Saysseismik

undefined
#China #Amerika Syarikat #US #Barangan mewah