Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum episod kemuncak drama Tikam akan ditayangkan kepada umum.

Sejak episod pertama lagi Tikam sudah berjaya menambat hati penonton sehingga ada yang mengeluarkan tanda pagar #TeoriTikam.

Selain teori, Tikam juga turut mendapat komem-komen positif yang memuji jalan cerita, lakonan mantap dan nilai suspen drama berkenaan.

Walaupun mengisahkan hal pembelot dalam kalangan rakan sekerja namun ternyata plot penceritaannya juga memainkan peranan penting.

Sehingga kini penonton masih meneka-neka siapakah pembelot sebenar dalam Tikam.

Paling mengharukan, belum pun tayangan episod akhir, ramai juga penonton yang berharap Tikam mempunyai siri kedua.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jangan lupa saksikan episod akhir Tikam jam 9:30 malam ini secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.