Laman Utama
Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Hadiah Hari Lahir
Berterima kasih kepada Mirinda dan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), Zaki yang berasal dari Dungun, Terengganu itu berkata kereta tersebut juga merupakan hadiah hari lahirnya pada Mei lalu.
“Saya macam tak percaya bila dapat Whatsapp dari pihak Mirinda mengatakan saya finalis untuk hadiah utama. Dia minta saya hantar resit pembelian. Saya pun carilah resit dalam keadaan huru-hara.
“Nasib baik jumpa, saya pun hantar resit itu dan lepas itu dalam seminggu ke dua minggu itu, saya dimaklumkan yang saya pemenang hadiah utama. Memang terkejut juga la.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak Mirinda dan EON Berhad sebab pilih saya sebagai pemenang. Hadiah ini adalah hadiah terbesar buat saya.
“Saya dapat tahu masa bulan 5 dimana bulan itu hari jadi saya… kiranya macam hadiah hari jadi la, Ahamdulillah… terima kasih,” katanya kepada Gempak yang ditemui di Proton EON Glenmarie 3S, Shah Alam pada Isnin.
Zaki datang untuk mengambil hadiah utama bersama isterinya iaitu Nurul Ashikin Husni, 35, dan dua orang anak mereka.
Kerjasama Dengan Astro Shaw
Dalam pada itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata pihak mereka berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Shaw menerusi kempen ‘Riang Raya Bersama-sama Mirinda’ 2024 yang turut menampilkan filem The Experts.
“Selama beberapa dekad, Mirinda terus menjadi peneman sejati dalam setiap sambutan perayaan melalui cetusan penyegaran minumannya.
“Tahun ini kami cukup berbangga untuk bekerjasama dengan Astro Shaw dalam kempen ‘Riang Raya Bersama-sama Mirinda’ 2024 yang akan menampilkan filem The Experts, sebuah filem menarik yang akan mengetengahkan nilai kekeluargaan.
“Kerjasama ini menggariskan komitmen Mirinda untuk membina saat-saat indah bersama ahli keluarga, selaras dengan prinsip kami untuk merapatkan hubungan dan memupuk perpaduan,” katanya.
Must-Watch Video