Laman Utama
Pemerkasa PLUS: Kerajaan Beri Tambahan BPR RM500 Pada Isi Rumah, Bujang RM100
Susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘ total lockdown’, kerajaan mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu berlandaskan tiga matlamat utama iaitu Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam, Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
Daripada peruntukan itu, sebanyak RM2.1 bilion lagi diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.
"Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.
"Golongan bujang pula akan menerima RM100," demikian kata Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Jelas Perdana Menteri, bayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September ini.
Kerajaan perkenal PEMERKASA plus sebagai inisiatif baharu untuk bantu rakyat mendepani cabaran PKP 3.0