Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pemilik Restoran Nasi Kandar Hameediyah Cabar Masterchef Indonesia Datang Malaysia - "Pekena Depan Saya, Beritahu Berpasir Atau Tidak?"

Amri Hassan
03/10/2024 12:09 MYT
Pemilik restoran nasi kandar tertua di Malaysia, Restoran Hameediyah, Abdul Sukkor Syed Ibrahim mencabar masterchef Indonesia yang mendakwa nasi kandar Malaysia punyai rasa 'berpasir' untuk datang bertandang ke Malaysia.

Kata Abdul Sukkor selaku Pengarah Eksekutif Restoran Hameediyah, tujuannya hanya mahu menguji dan memastikan rasa sebenar nasi kandar Malaysia yang didakwa 'berpasir' seperti yang tular baru-baru ini.

"Bagi saya tujuannya mungkin nak cari perhatian. Jadi, saya cabar dia datang sini di Restoran Hameediyah, pekena depan saya beritahu berpasir atau tidak?

"Nasi kandar salah satu menu ikonik negara ini, ia menyatukan rakyat Malaysia. Sama seperti lauk-pauknya yang dicampur bersama, perasaan muhibbah itu sama juga dengan ada segala rasa, masam manis pedas," katanya menerusi sesi wawancara dalam rancangan terbaharu Astro dan Nu Ideaktiv, Borak SeeNI.

Untuk rekod, Restoran Hameediyan telah mula beroperasi sejak tahun 1907 di Pulau Pinang dan masih mengekalkan rasa autentik biarpun peniagaan itu telah diwarisi selama tujuh generasi.

"Arwah Moyang lahir di India, berhijrah pada 1870 menaiki kapal laut dan singgah di Pelabuhan Penang. Beliau merupakan seorang saudagar rempah dan mencetuskan ilhaim untuk berniaga nasi kandar.

"Kalau dahulunya, cara mereka jual nasi kandar unik, mereka menggunakan dua bakul dan pikul kayu kandar, ada nasi putih yang dikukus dan gulai ikan, di atas periuk ada telur rebus, sambal dan bendi," ceritanya.

BERITA TRENDING: "Nasi Kandar Wajar Diiktiraf Sajian Warisan Malaysia!" - Penganjur Nasi Kandaq Fest 2.0 Ulas Isu Nasi Kandar 'Berpasir'

Mengekalkan kualiti rasa nasi kandar, Restoran Hameediyah sentiasa memastikan resepi turun temurun dikekalkan termasuk mengimport rempah ratus dari India, Sri Lanka, Iran dan Turkiye.

Malah, pihaknya turut bekerjasama dengan UNESCO dan badan-badan NGO berkaitan untuk membawa nasi kandar untuk diiktiraf sebagai makanan budaya Malaysia sekali gus membawanya ke peringkat dunia.

BERITA TRENDING: Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef Indonesia Dilabel Tidak Hormat Makanan Tradisional

Borak SeeNI merupakan program bual bicara baharu Astro dan Nu Ideaktiv yang membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen.

Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105).

‘Borak SeeNI’ merangkumi pelbagai topik menarik seperti isu keluarga, segmen gaya hidup dan kesihatan bersama barisan pakar. Selain itu, program ini juga akan menampilkan individu-individu yang boleh memberi inspirasi dan teladan kepada para penonton melalui kisah dan pencapaian mereka yang membanggakan dalam pelbagai bidang.

‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman. Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.

‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.


#Masterchef #Hameediyah #Nasi kandar #Kritik #Bual Bicara #Rancangan #Berpasir #Borak SeeNI
;