Laman Utama

“Pemimpin Baik Tapi Bad Timing” - Gelaran Abah Terus Trending, Ramai Titip Doa Supaya…

gempak
Hanafis Haris
17/08/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Pemimpin Baik Tapi Bad Timing” - Gelaran Abah Terus Trending, Ramai Titip Doa Supaya…

Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam pastinya memberi kesan dan impak besar buat kebanyakan rakyat Malaysia.

Muhyiddin membuat pengumuman itu selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, reaksi netizen dilihat bercampur baur.

Gelaran ‘abah’ yang sinonim dengan Muhyiddin dilihat trending dengan jumlah ciapan sebanyak 43,000.

Malah kebanyakan seperti sedih dengan pengumuman mengejut tersebut.

“Sedih bila lihat abah kena hadapi situasi sebegini. Sesetengah orang tak hargai beliau dan sentiasa lihat sudut negatif,” tulis seorang warga Twitter.

“Kami akan merindui kamu abah the hero. Terima kasih dan take care,” tulis seorang lagi warga Twitter.

“Pemimpin yang baik tapi bad timing,” tulis seorang warganet.

Terdahulu, Muhyiddin tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kekhilafan sepanjang mentadbir negara selepas mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin kemudiannya dilantik selaku Perdana Menteri Caretaker oleh Yang di-Pertuan Agong.

Seperti diketahui ramai, beliau dan barisan menteri Kabinetnya telah melakukan yang terbaik dalam usaha menyelamat dan membantu rakyat sepanjang pandemik COVID-19 berlaku.

Sekadar info, Muhyiddin diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) kelapan pada 1 Mac 2020.

Beliau kemudian menerajui negara ketika Malaysia berdepan cabaran pandemik Covid-19 bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.

BACA : "Saya Mohon Keampunan Atas Segala Kekhilafan..." - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live