Konsert penyanyi terkenal Hael Husaini Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 19 Februari 2023 terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab tertentu.
Perkara itu dimaklumkan kepada media menerusi syarikat pengurusan Hael, Rocketfuel Entertainment pada Jumaat.
"Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan atas pembatalan konsert ‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ ini.
"Keputusan untuk membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor dan yang paling utamanya adalah faktor kesihatan Hael yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat nasihat daripada doktor.
"Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert, saya memberi jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan ‘refund’ yang penuh.
"Sebagai maklumat tambahan, segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera," kata wakilnya.
Hael Husaini Live In KL sepatutnya berlangsung pada November lalu telah ditunda ke tarikh 19 Februari 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Rocketfuel Entertainment turut menzahirkan rasa atas pembatalan konsert ini kerana segala persiapan sudah pun menghampiri 70 peratus dengan pelbagai aksi menarik yang telah direncanakan dengan lebih kurang 30 buah lagu yang bakal dipersembahkan.
Tahap kesihatan Hael tidak berada di tahap optimum disebabkan jadual kerjanya yang terlalu padat, justeru dinasihatkan untuk berehat dari melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.
"Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat kami sampaikan kepada semua pihak kerana dapat menerima pembatalan konsert ini walaupun dengan hati yang berat, dan semoga semua pihak menerima berita pembatalan konsert ini dengan hati yang terbuka, terima kasih," tambahnya.
Bagi proses pengembalian wang buat pembeli tiket konsert, sila hubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810.
Amri Hassan
Fri Dec 30 2022


“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan

“Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah Diserang Netizen
Alamak kena serang pula.
![[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’ [VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/3_10.png?ext=.png)
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Ada betul juga kata Kak Lina...

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”
Alhamdulillah...

Peraduan Gempak Most Wanted
Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.

Berjaya Turun Berat Badan 15kg, Danny X-Factor Berniat Tambah Cahaya Mata; “Saya Semakin Berumur, Jadi Ini Masa…”
Insyallah

“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Betul ke Ira Kazar hamil?

TMSMY3: “Zirafah King Of Bottom Three, Mana Nak Dapat”- Norman Hakim
Luculah Zirafah ni.