Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Berbaju Sekolah, Joe Flizzow, Puteri Ariani Gamatkan Konsert Graduasi Melly Goeslaw

Maliah Surip
01/06/2024 16:35 MYT
Melly Goeslaw mengejutkan peminat apabila membawa pesohor Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow sebagai penyanyi jemputan pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi.

Joe Flizzow rap lagu Jika

Joe yang menerima tepukan gemuruh menjadi teman rapper Melly menggantikan penyanyi asal, Ari Lasso untuk lagu Jika.

Selain Joe, Melly turut ditemani penyanyi yang mencipta sensasi di peringkat antarabangsa iaitu Puteri Ariani berduet menyampaikan lagu Cinta yang dipopularkan bersama Kris Dayanti.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Konsert yang berlangsung di Axiata Arena itu juga menyaksikan Melly mendendangkan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diciptakan olehnya berjudul Biarlah Rahsia.

Tidak meninggalkan tanggungjawab sosial, Melly secara spontan menghasilkan lagu yang ditujukan buat Palestin hasil bersama dua peminat yang mengalirkan idea untuk lirik sambil 10 ribu mengibarkan bendera Palestin.

Konsert juga sukses apabila dibanjiri dengan peminat yang sporting hadir menurut tema memakai pakaian sekolah.

Melly Goeslaw pada Ada Apa Dengan Melly & Friends By Iman Tang Malam Graduasi merupakan kesinambungan konsert pertama yang berlangsung sukses tahun lalu di Planery Hall.

#Konsert #Joe Flizzow #Melly Goeslaw #Putri Ariani
;