Ramai yang menyukai persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menyampaikan lagu Semalam sewaktu konsert final Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.
Selain dendangan suara yang merdu, Siti juga kelihatan ‘sebati’ dengan lagu yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi berbakat besar, Aina Abdul. Begitupun, menurut Siti, dia agak gementar ketika ingin membawakan lagu berkenaan.
“Sebenarnya nervous nak bawa lagu Aina. Sebab ia adalah lagu yang diangkat di Anugerah Juara Lagu dan Aina juga merupakan seorang penyanyi yang bagus dari segi teknikal. Saya pula hanya nyanyi ikut kemampuan.
“Saya cakap pada Chaan (pengarah muzik) yang saya nak gubah balik lagu Semalam. Saya tahu kemampuan saya setakat mana dan mungkin tak boleh high pitch macam penyanyi asal. Jadi, saya mulakan lagu itu dengan sesuatu yang boleh menyentuh perasaan.
“Sebab itu tempo lagu tersebut kedengaran perlahan dan nyanyian saya sedikit mendayu-dayu,” katanya kepada Gempak.
Menurut Siti, pada asalnya, dia memilih lagu lain untuk dipersembahkan bersama Aina Abdul.
“Pada asalnya, saya memilih lagu Sumpah. Tetapi, lagu itu sudah dinyanyikan oleh Aisha Retno. Jadi selepas berfikir lagu Aina yang mana patut saya nyanyi, kami sebulat suara memilih Semalam.
“Kemudian, kita juga merancang untuk buat style mash-up, sebab Chaan kata lagu Purnama Merindu dan Semalam sesuai untuk digabungkan. Tapi fikir-fikir balik, kita bukan nak bertanding vokal pun, kita nak orang puas dengar apabila kita menyanyi,” katanya lagi.
Kongsi Siti, lagu Semalam dilihat memang menepati cita rasanya.
“Lagu itu memang sedap. Jadi, saya pun cakap: ‘Aina, bagi Kak Iti lagu’. Kita dah minta dah… Alhamdulillah, Aina sambut baik permintaan saya,” kongsinya.
Meminta untuk mengulas persembahan Aina membawakan lagu Purnama Merindu pula, Siti menjawab: “Aina tak perlu disangkal lagi. Dia memang seorang penyanyi yang mempunyai penghayatan dan teknikal yang baik. Saya suka sangat bila ada penyanyi-penyanyi yang hebat macam ni bawa lagu saya.
“Dan lagu Purnama Merindu tu pun bukan mudah, Melayu dia perlu kuat kena ada lenggok. Jadi saya lihat ia satu penghormatan buat saya,” tuturnya.
Meninjau laman sosial, ramai peminat yang mahukan Siti mengulang kejayaan Konsert Satu Suara Vol. 1 dan 2, dengan menerbitkan edisi seterusnya dengan penyanyi baharu. Dua nama penyanyi yang disebut-sebut adalah Aina Abdul dan Ernie Zakri.
Ditanya mengenai idea itu, Siti berkata, dia terbuka dengan cadangan berkenaan tetapi dengan satu syarat.
“Boleh, tapi kena jual tiket kasi sold out!” selorohnya.
“Bagi saya tiada masalah. Insya-Allah, saya seronok sebenarnya. Sebagai orang dalam industri, saya nak berkolaborasi dengan bakat yang bagus-bagus, yang boleh menunjukkan artis Malaysia ni hebat,” tutup Siti.
Izwan Isa
Tue Mar 29 2022

.jpg?ext=.jpg)
Genap Setahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini Perkenal Tujuh Wajah Muse Itu
Tahniah Rizman Ruzaini
.jpg?ext=.jpg)
Intan Najuwa ‘Payung’ Gambar Berbaju Seksi, Netizen – “ Jangan Sampai Naikkan ..."
Intan Najuwa payung gambar seksi?

Takut & Mahu Turun, Kanak Kanak Tekan Butang Kecemasan Rollercoaster Yang ‘Tergantung’
Suasana panik tercetus di sebuah taman tema yang terletak di Timur China apabila sebuah rollercoaster yang sedang bergerak tiba tiba berhenti.
.jpg?ext=.jpg)
Dato Lee Chong Wei Harap Raketnya Bawa 'Ong' Kepada Tze Yong Teruskan Legasi
Untung nya Ng Tze Yong
_1.jpg?ext=.jpg)
Rizky Billar, Lesti Kejora Batal Kerjakan Haji
Pasangan tersebut bagaimanapun terpaksa menolak jemputan menunaikan haji kerana kekangan kerja.
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Nak Beli Pisang Goreng Pun Tak Minta Duit Laki Saya" - Elfira Loy
Biar la duit suami dia

"Kita Kena Kurangkan Orang B*d*h Dalam Kerajaan”- Caprice Ulas Isu Menteri Minta Kurangkan Makan Telur
Caprice geram Menteri suruh kurangkan makan telur
.jpg?ext=.jpg)
Didakwa Bermasam Muka Dengan Fazura? Ini Komen Pereka Fesyen Popular Rizman & Ruzaini
Alamak kenapa pula gaduh

Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.