Hiburan
Peminat Dakwa Hara Didera Mental Dan Fizikal, Kematian Dikaitkan Dengan Bekas Teman Lelaki
Kecoh di media sosial apabila peminat mendakwa kematian penyanyi dan bekas anggota kumpulan K-Pop KARA, Goo Hara mempunyai kaitan dengan bekas teman lelakinya, Choi Jong Bum.
Hara didakwa telah didera secara mental dan fizikal oleh Jong Bum pada September tahun lalu.
Malah tanda pagar (hashtag) #Punish_Choi_Jong_Bum di Twitter juga menjadi trending di Korea selepas berita kematian Hara disahkan oleh pihak polis.
Menerusi hashtag tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan yang dikeluarkan mahkamah terhadap Jong Bum walaupun dia telah menyerang dan mengugut Hara.
Mahkamah bagaimanapun memutuskan bahawa Jong Bum hanya dijatuhkan hukuman satu tahun setengah dengan tempoh percubaan selama tiga tahun.
Bagaimanapun peminat berharap agar bekas teman lelakinya menerima hukuman setimpal dan siasatan lanjut dijalankan walaupun selepas pemergian Hara.
Terdahulu, insiden bersama bekas teman lelakinya itu telah meninggalkan kesan kepada Hara sejak tahun lalu.
Hara dan bekas teman lelakinya juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk.
Hara juga sebelum ini pernah membut cubaan bunuh diri pada Mei tahun ini namun sempat diselamatkan oleh pengurusnya.
Sumber: Allkpop, Koreaboo