Peminat Dakwa Ternampak Naim Daniel & Bunga Dating… Bercinta Ke?

Miss K
Ogos 3, 2020 10:20 MYT
Tersedak Miss K bila baca e-mel kiriman seorang peminat yang mendakwa terserempak dengan penyanyi dan pelakon Naim Daniel keluar dating dengan rapper baru yang bernama Bunga.
Biar betul ni?
Apa yang Miss K tahu, mereka ni tak pernah bersama pun.
Nak cakap bekerjasama untuk sebuah lagu, pun Miss K tak pernah dengar.
Dakwa peminat dalam e-mel terbabit, Naim dan Bunga kelihatan berbual mesra berdua.
Hmmm... rasanya Miss K kena tanya Bunga atau Naim ni, betul ke tak mereka sedang berkenalan rapat atau sebenarnya tengah menjalin hubungan cinta?
Apapun, Miss K sangat kagumi Naim dan Bunga yang menjadi pelapis artis-artis berbakat di Malaysia ni!
Mereka berdua memang berbakat, boleh menyanyi, pandai berlakon juga tau!
Miss K: Uqasha Senrose dengan Kamal Adli pun didakwa tengah syok menganyam cinta. Betul ke?
#Naim Daniel #Bunga #Dating