The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra telah memasuki episod keempat malam tadi.

Program realiti yang semakin mendapat sambutan ini juga menampilkan teman rapat Ezurin, Magie Abang Saufi.

Sudah pasti banyak perkara menarik yang berlaku dalam episod malam tadi, tetapi kepada anda yang terlepas untuk menyaksikannya, jangan risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand dan semua episod secara strim di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa sahaja.

Gempak imbaskan lima momen menarik dalam The House episod keempat.

1. Magie Ajak Ezurin Bersenam, Tapi...



Magie kelihatan bersemangat untuk mengajak Ezurin bersenam di kawasan luar rumah kerana kawasan di Hulu Langat itu sangat menyegarkan baginya. Nak tahu bagaimana respon Ezurin? Jangan lupa saksikan ya.

2. Ezurin Pergi Bundle Buat Pertama Kali



Demi untuk menata rias gaya peminatnya, Alya, Ezurin telah pergi ke bundle buat pertama kali untuk mencari pakaian untuk digayakan. Ezurin kelihatan mahir memilih pakaian dan mengatur gaya untuk peminat kesayangannya itu.

3. Alya Disolek Persis Seorang Model



Bukan sahaja pakaian mendapat sentuhan dari Ezurin, malah Alya turut disolek cantik oleh jurusolek Ezurin iaitu Juju. Sebelum menyolek, Juju memuji kulit Alya dan mengatakan hanya sedikit solekan sahaja perlu digunakan untuk menyerlahkan kecantikan wajahnya.

4. Ezurin Sebak



Episod malam tadi bukan hanya memaparkan suasana gembira, ada juga babak yang menyentuh perasaan apabila Ezurin bergenang air mata ketika bercakap tentang anak-anaknya. Ibu kepada lima cahaya mata ini berharap agar anak-anaknya tidak berkahwin terlalu awal.

5. Dua Rakan Baik Datang Ke Rumah



Dua rakan baik Ezurin, Sharifah Norhaslinda dan Anna Ayuda datang ke rumah Ezurin untuk meluangkan masa bersamanya. Kedatangan itu dirancang secara senyap oleh Magie sebagai kejutan. Ezurin sangat gembira menerima kunjungan tersebut.

Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.