Laman Utama
Peminat Indonesia Hairan Netizen Malaysia Anggap Baby Shima Over! - "Apakah Kerana Mereka Cemburu?"
Sejak melebarkan sayap di Indonesia, penyanyi Baby Shima kerap berulang-alik ke Jakarta, menjadikan republik itu sebagai rumah keduanya untuk berkarier.
Seiring dengan pertumbuhan kerjayanya di seberang, nama Baby Shima juga turut menjadi sebutan di Malaysia menerusi pelbagai cakap-cakap nakal netizen dan juga kontroversi.
Ada sahaja yang diperkatakan tentang penyanyi bertubuh genit itu dan hal berkenaan menjadi Baby Shima sebagai antara selebriti yang kerap menerima kritikan khalayak.
Begitupun, lain pula respons yang diberikan oleh peminat Indonesia. Ketika mempromosikan lagunya di sebuah stesen radio di sana, ramai dalam kalangan peminat Indonesia yang membela Baby Shima daripada cemuhan yang diterima daripada netizen tempatan.
Menerusi komen yang dipinkan oleh Baby Shima, seorang peminat melahirkan rasa hairan kerana di Indonesia, penyanyi itu dilihat biasa-biasa dan tidak berlebih-lebihan.
“Di Indonesia Shima dilihat biasa-biasa sahaja, tidak terlalu berlebihan, seperti artis lain yang selalu kontroversi di sini. Tapi kenapa di Malaysia dianggap terlalu berlebihan ya? Apakah kerana mereka cemburu?
“Atau apa? Banyak artis Malaysia yang ingin tembus kariernya ke sini, cuma sedikit yang tercapai, boleh dihitung dengan jari lagi, dan Baby Shima salah satunya antara orang Malaysia yang popular di Indonesia,” tulis individu berkenaan.
Dalam pada itu, meninjau respons-respons lain yang ditinggalkan di ruangan komen berkenaan, ramai yang meminta agar Baby Shima untuk terus menetap di Indonesia.
“Di mana kamu dihargai maka di situlah tempat mu yang sesungguhnya.”
“Semoga menetap di Indonesia ya kak.”
“Jangan hiraukan mereka kak Shima, mereka yang tidak menghargai Kak Shima akan
kena batunya sendiri… kebencian mereka akan menjatuhkan diri mereka sendiri. Mereka hanya mengetahui penampilan kamu kak, tapi mereka buta dengan hatinya. Ikhlas, maka semua akan berkat.”