Laman Utama

Peminat Label Dian Sastro Sombong Sebab Enggan Bergambar; “Terserah, Saya Tak Peduli”

Maliah Surip
27/01/2023
10:00 MYT
Aktres terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo pernah dilabelkan sombong selepas selebriti tersebut enggan menunaikan permintaan bergambar bersama peminat.
Tidak menafikan hal tersebut, Dian mengaku menolak banyak permintaan peminat untuk bergambar sama kerana satu prinsip.
Ujar Dian, dia telah melakukan perjanjian dengan anak dan keluarganya untuk tidak melayan peminat termasuk bergambar apabila sedang menghabiskan masa bersama mereka.
Kata Dian, perjanjian tersebut dilakukan selepas dia pernah membenarkan dirinya bergambar dengan peminat, namun kehilangan waktu berharga yang mahu dihabiskan bersama keluarga.
“Saya pernah punya pengalaman ya melayan permintaan peminat untuk bergambar. Tapi sesi tersebut tidak berhenti di situ kerana yang lainnya juga meminta (gambar sama).
“Jadi akhirnya makin ramai sehingga ada beratur untuk bergambar. Akhirnya saya habiskan waktu cuti hampir 80 peratus melayan peminat,” ujar Dian sewaktu menjadi tetamu dalam YouTube Vindes seperti dilaporkan Kompas.com.
Namun bintang filem Aruna & Lidahnya itu mengatakan dia tidak mempunyai masalah untuk bergambar dengan peminat jika dalam keadaan sedang bekerja.
“Kalau sewaktu bersama keluarga misalnya kami keluar ke pusat beli belah, saya tidak akan melayani permintaan apapun atau siapapun untuk bergambar.
“Itu janji saya kepada keluarga. Tapi kalau sedang bekerja misalnya lagi promosi atau sesi bertemu peminat, saya akan menunaikan permintaan mereka,” katanya lagi.
Malah Dian mengaku tidak peduli jika dirinya dilabel sombong atau dimarah peminat hanya kerana menolak permintaan mereka. Bagi Dian, saat tidak bekerja, dia adalah milik anak anaknya.
“Kalau sedang cuti, saya jadi ibu dan tidak akan membiarkan anak anak hanya kerana memenuhi hajat orang lain.
“Jadi kalau nak marah, nak cakap saya sombong, terserah. Kerana saat menjadi ibu, jadi isteri, saya cuba untuk melakukannya sebaik mungkin,” jelasnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).