Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”
Izwan Isa
01/07/2022 07:50 MYT
01/07/2022 07:50 MYT
Selepas kejayaan meraih kutipan lebih RM1 juta sejak diluncurkan di platform Astro First, filem fantasi komedi fantasi 35mm menyorot perhatian netizen.
Tidak hanya jalan cerita, rata-rata penonton turut memuji gaya pengarahan sutradaranya, Syahmi Sazli yang dikatakan berpotensi besar dalam mengembangkan industri filem tempatan pada masa hadapan.
“Bila fikir balik, cerdik juga Syahmi ni. Saya tak tahu la sama ada kebetulan atau pun tidak. Kalau Syahmi pasarkan filem 35mm ni di pawagam… mungkin akan bersaing sengit dengan filem Mat Kilau.
“Kita support anak Kelate hok berbakat macam Syahmi Sazli. Mael Totey pun banyak kali langgan. 35mm baru tengok sekali. Insya-Allah, hujung minggu free-free akan langgan lagi. Semoga berjaya boh.”
“Mie hang boleh pergi jauh. Ganti generasi arwah Mamat Khalid. Insya-Allah. My suggestion combine loghat Perak. Lagi padu.”
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!