Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Mahu Wonder Girls Kembali Bersatu, Buat ‘Comeback’ - “Rindu… Semua Pandai Tulis Lagu”

Gempak
17/07/2024 12:55 MYT
Industri K-pop kini bagaikan megah di arena muzik global apabila menyaksikan banyak kumpulan ikonik mencipta fenomena.

Industri K-pop Cemerlang

Namun tidak semua kumpulan mampu bertahan atau mengekalkan populariti seperti kumpulan ikonik, Wonder Girls.

Terkenal dengan lagu-lagu hits mereka semasa generasi kedua K-pop dan sebagai salah satu perintis pertama dalam usaha untuk menembusi pasaran muzik Barat, Wonder Girls ternyata cukup istimewa di hati peminat.

Sejak pembubaran mereka pada 2017, peminat sentiasa mendambakan sesuatu daripada mereka sekali gus melihat kumpulan kegemaran kembali bersatu.

Peminat Luah Rasa Rindu

Terbaharu, seorang peminat berkongsi dalam komuniti dalam talian yang popular dengan menyatakan merindui kumpulan yang pernah dianggotai oleh 7 orang wanita.

"Setiap kali berita tentang kumpulan idola bersatu semula muncul, Wonder Girls sentiasa menjadi kumpulan yang peminat rindukan untuk melihat semula.

“Namun, penyatuan semula bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah atau cepat, jadi Ia boleh difahami mengapa ia belum berlaku lagi hahaha.

“Jika mereka bersatu semula, J.Y Park mungkin akan memberikan mereka lagu yang paling dihargai daripada koleksi peribadinya untuk lagu utama mereka dan mempromosikannya melalui pelbagai rancangan hiburan,” tulis seorang peminat.

Minta Buat Comeback

Peminat lain turut mengulas dengan menyatakan mereka turut menantikan penyatuan semula kumpulan idola mereka itu.

“Tolong kembali, semua ahli pandai mengarang dan menulis lagu, jadi saya menantikannya,” komen peminat.

“Saya rasa mereka sudah bersatu semula sebagai sebuah kumpulan,” tulis netizen.

"Saya mahu melihat kumpulan itu bersatu semula. Lagu kumpulan mereka sangat bagus. Saya merindui mereka,” luah netizen lain.

“Saya tidak fikir Sunye akan kembali. Saya mahu melihat Sohee kembali sebagai idola,” komen peminat.

Wonder Girls terus mengukuhkan identiti mereka sebagai salah satu kumpulan gadis teratas di Korea Selatan dengan single hit "So Hot" dan "Nobody" yang dikeluarkan pada tahun 2008.

Kumpulan itu terdiri daripada lima ahli pada masa debutnya pada tahun 2007 iaitu Sunye, Sohee, Hyuna, Sunmi dan Yeeun sebelum Yubin dan Hyerim sebagai pengganti.

Sumber: Allkpop

#comeback #K Pop #Wonder Girls #Kumpulan K Pop