Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"

Asyraf Roslan
09/09/2024 06:55 MYT
Baru-baru ini penyanyi, Mahalini kembali dengan sebuah karya baharu yang berjaya menyentuh hati pendegarnya.

Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.

Walaupun Mahalini berjaya membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri, peminat masih lagi memilih Acha.

Bagi sesetengah peminat, pembawakan Mahalini bagi lagu yang diciptakan oleh Melly Goeslaw pada tahun 2006 itu baik namun rasa sakit itu lebih kepada versi Acha.

“Mahalini kamu bagus tapi sakitnya masih di Acha” kata seorang pengguna Tiktok.

Menerusi video tersebut beberapa lagi orang peminat mengutarakan pendapat yang sama.

“True, lagi-lagi part last ‘Cintaku sampai ku menutup mata’ Acha did break out heart since 2006” kata @LimNikki di ruangan komen.

“Acha nyanyi betul-betul pakai hati, menusuk betul,” ujar Wawaibrhm

“Lagi suka versi Acha, tapi Mahalini pun sedap cuma tak boleh lawan Acha. Both ada cara tersendiri,” - ujar @NurulAtikah pula.

“Aku yang lelaki pun masih boleh nangis dengar Acha nyanyi,” kata @Nordinkalis.

Namun ada juga yang menyatakan bahawa pendengar tidak seharunya membandingkan kedua-dua penyanyi tersebut.

“Dia tidak minta di bandingkan, just listen to the song,” kata @Ncun Eonnie.

“Bagi aku both of them have different version of ‘sampai menutup mata’. Apa itu Acha atau Mahalini tapi yang pasti Mahalini nyanyikan kembali lagu ini kerana mahu berterima kasih kepada orang sekelilingnya yang banyak menyokong,” kata @ShafinazSuhaimi diruangan komen.


Menerusi tinjauan Gempak, muzik video Sampai Menutup Mata yang dinyanyikan Mahalini sudah mendapat lebih 1 juta tontonan dilaman Youtube.
#Acha Septriasa #Sampai Menutup Mata #Mahalini