Laman Utama

Peminat Mula Rindu Lakonan Ben Amir - “Proses Memulihan Fizikal & Mental Ambil Masa…”

gempak
Asyikin Mayudin
22/02/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Peminat Mula Rindu Lakonan Ben Amir - “Proses Memulihan Fizikal & Mental Ambil Masa…”
Lama tidak membintangi sebarang drama, peminat mula bertanyakan keadaan pelakon Ben Amir yang kini sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan mata kiri.
“Kenapa dah lama tak berlakon mana-mana drama?” soal peminat menerusi Instastory milik Ben.
Bagi menjawab pertanyaan itu, Ben Amir memberitahu proses pemulihan dari segi fizikal dan mental sememangnya mengambil masa yang lama.
Menurut Ben, dia perlukan selama enam bulan untuk pemulihan dan akan kembali aktif dalam bidang seni pada tahun ini juga.
“Proses memulihkan fizikal dan mental ambil masa yang lama. Ia mengambil masa saya selama enam bulan untuk kembali.
“Tahun ini akan kembali dengan lebih kuat. Insya-Allah,” kata Ben Amir.
Ben juga berkongsi keadaan matanya kirinya yang berwarna merah menyala, namun sebelum ini tidak berkongsi punca yang mengakibatkan matanya tercedera.
Terdahulu, Ben mendedahkan kecederaan mata kirinya yang agak teruk akibat kemalangan pada Jun tahun lalu membuatkan dia hampir buta.
Namun, selepas menjalani pembedahan pada pertengahan Jun tahun lalu, pelakon drama Sweet Dreams itu memberitahu dia semakin sembuh dan sihat.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live